Bismillahirrahmanirrahim..., atas ijin ALLAH, dan Guru sekaligus penulis (Zulkarnain Bandjar), semoga bermanfaat...
AKU by (Zulkarnain Bandjar)
AWALUDIN MA’ARIFATULLAH
Diambil di Dalam Diri
Aku…. siapa Aku, perlukah kita mencari Aku…pentingnya AKU
“AKU”
AKU adalah diri yang sebenar-benar
diri (diri sejati). AKU adalah ROHULLAH yang datangnya dari Zatullah.
Menyatakan akan Ujudullah, AKU lah yang dinamakan AMAR ROBBI iaitu
urusan Tuhan.
AKU yang hidup datangnya dari Yang
Maha Hidup yang bersifat ghaib ( nagetif ) yang datang dari Yang Maha
Ghaib. Tatkala Zatul Haq ingin menyatakan akan diriNya maka DIA (Zatul
Haq) mentajallikan akan Nur-Nya yang dinamakan kini Rohullah atau AKU.
Kini AKUlah yang nyata dan AKU merupakan sifatNya.
Sebagaimana firman nya…
Kulli rohi min amri robbi
(setiap roh itu adalah urusanku)
Ramai yang mencari AKU namun jarang yang ketemu. Ini kerana AKU berada jauh didalam RASA iaitu dialam rasa yang mendalam. Dimanakah AKU berada tentunya pada badan iaitu didalam badan diri.
Kalau ada yang mahu mencari AKU maka
katakanlah AKU ada tetapi tiada, AKU tiada tetapi ada. Ada pada hakikat
namun tiada pada rupa. AKU yang tidak berupa merupakan sumber atau
daya-daya Qudratullah yang hidup lagi menghidupkan kerana AKU adalah
Hayatullah yang asal berasal dari Zatullah.
Bila kita membicarakan “ILMU
MENGENAL DIRI” tentu ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang
akan di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar kita ini
atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi sebenarnya tidak. Diri
yang di maksudkan itu ialah Diri Sebenar Diri, yang duduknya di dalam
Jasad atau badan kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang
mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri terdiri dan diri
terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan
orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham
perbezaan dua kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari
Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza dari batin,
Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi
sebutan kita?
Kita semua tahu dan selalu menyebut
akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan antara keduanya??
Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan dengan
jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari kita berangapan
bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di panggil “Diri”
dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan
kasar kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah
benda mati, yang tidak dapat berbuat apa apa jika tidak ada
“Penghidupnya” yang duduk nya didalam jasad itu sendiri. Penghidup ini
lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri
dan yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita
bahawa Diri sebenar Diri ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini
secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil Jasmani (Jasad)
dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak lagi
nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan
mengikut perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad
Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah pun memerintahkan Roh
untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh kepada Allah ”
Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?” maka Allah pun menjawab, ”
Masuklah melalui mana mana yang kau senangi” dan seterusnya Roh
memasuki Jasad Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui
hidung.
Jadi di sini dapatlah kita fahami
bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah Adam hidup dan
seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk
kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya “Diri” atau jelasnya “Diri” ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu
adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi
ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri. Maka
dengan sebab ini lah “Diri” itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri,
tapi ianya ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat
menghubungi yang ghaib.
Cahaya (Diri) tadi mengalir ke
seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi “Penghidup” kepada
Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di terangkan
diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan duduknya di
dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan
dia juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran
Perguruan yang mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun
perlu di tegaskan disini semua Aliran Perguruan adalah benar dan
mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus
di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan geraknya yang tersendiri.
Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya
dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad, dengan cara
mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin
mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita
perlu melahirkan Diri itu.
Kelahiran pertama kita ialah bila
Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali kedua ialah bila kita
berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang diamnya di dalam jasad kita
sendiri dan dengan tugas dan rahsia nya yang tersendiri……….menghidupkan
kita, tapi sayang jasad tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah
yang menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar
Diri kita itu, Diri yang banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia,
Bukankah dia berasal dari sana…………….dari Yang Maha Pencipta dan Yang
Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri
Sebenar Diri, yang maksud nya dengan membuka pintu bagi nya untuk
keluar, (jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.
Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).
1. Terbuka Sendiri.
Mengikut pengalaman saya sendiri.
saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka (terlahir) Diri Sebenar
Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari
mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu
rasa, di dalam badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan
mereka seolah menolak atau bergerak perlahan lahan.
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini.
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini.
Mereka mereka yang mendapat cara ini selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang berjaya di izinkan Allah
3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman
Untuk ini pelajar atau mereka yang
ingin di buka perlu duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama
sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata
zahir dan batin, luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan,
adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
Aliran ini bertitik tolak dari
bekerjanya Jantung kita. Dan ianya mengaliri keseluruh batang tubuh
kita, dan isi kepada aliran zahir ini ialah Darah.
2. Aliran Batin atau Rohani
Aliran ini berisikan daya hidup yang
pangkalnya dari “Hidup” yang mengaliri aliran tertentu saperti aliran
Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya
berupa arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina
dimana mereka berjaya mengambil gambar arus letrik yang mengalir dalam
badan manusia ini.
DIRI
Ianya duduk didalam jasad
Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
Dia lah yang Menghidupkan kita
Punca tenaga
Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
Dia lah yang Menghidupkan kita
Punca tenaga
Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
“Diri” ini lah sebenarnya kehidupan
kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya kehidupan kita bermula
dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan meliputi
keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit
kita, dimana bagi orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini
nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau kita mau tau dan mau cuba
memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan dalaman kita ini
dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan
sempurna….Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri
anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti Sabda Nabi
junjungan kita” Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan
Tuhannya”
Di sini penulis persembahkan pula
bicara berkenaan Rahsia Ma’rifat. Sebahagian daripada ilmu “petunjuk”
daripada Allah Ta’ala kepada hambanya yang terpilih. Pegangilah dan
hayatilah ianya di dalam setiap amalan. Sebagai panduan dan persediaan
menghadapi-Nya. Insya-Allah….
Adapun Rahsia Ma’rifat itu adalah
rahsia bagi diri, tiada siapa pun boleh menghuraikan di atas rahsia diri
masing-masing melainkan orang-orang ahli Sufi dan Wali sahaja yang
boleh menghuraikan.
Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani r.a. sesudah beliau menunaikan solat sunnat hajat, lalu ia berkata :
“Ya Tuhanku! Di manakah maqam yang
yang lima itu di dalam diri hamba? Iaitu yang pertama Subuh, kedua
Dzohor, ketiga ‘Asar, keempat Maghrib dan kelima Isya’.”
Maka tatkala itu bergerak-geraklah
seluruh anggotanya maka diketahuilah beliau tentang kedudukan maqam yang
lima itu. Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti daripada satu waktu
kepada satu waktu.
1. Pada waktu Subuh maka
bergerak-geraklah perumahan hatinya maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku!
Telah nyatalah hamba bahawasanya Subuh itu bermaqam di hati hamba.” Maka
berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah pada waktu Dzohor.
2. Apabila sampai pada waktu Dzohor,
maka berdenyut lagi hatinya. Tatkala itu terasalah ia suatu benda yang
pahit mengalir di batang lehernya. Maka berkatalah ia, “Ya Tuhanku!
Telah nyatalah aku bahawasanya waktu Dzohor itu bermaqamnya pada hempedu
ku.” Maka berzikirlah ia tiada berhenti-henti sampailah ia pada waktu
‘Asar.
3. Apabila sampai pada waktu ‘Asar
maka bergeraklah berhampiran dadanya sebelah kiri. Maka katanya lagi,
“Ya Allah! Ya Tuhanku! Ketahuilah hamba bahawasanya waktu ‘Asar itu
bermaqamnya pada paru-paru hamba.” Maka berzikirlah lagi ia sampailah
pada waktu Maghrib tiada ia berhenti-henti.
4. Setelah sampai pada waktu Maghrib
berdenyut-denyutlah di dalam dadanya. Setelah diperhatikan denyutan
itu, maka ia berkata lagi, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Telah nyatalah hamba
bahawasanya waktu Maghrib itu bermaqam pada jantung hamba.” Maka
berzikirlah ia daripada Maghrib sampailah ia pada waktu Isya’.
5. Setelah sampai pada waktu Isya’,
maka berdenyut-denyutlah dadanya di sebelah kanan. Tatkala itu maka
nyatalah ia waktu Isya’ itu pada limpanya. Maka bersyukurlah ia ke
Hadhrat Allah Ta’ala. Katanya, “Ya Allah! Ya Tuhanku! Dengan kerana Mu
aku mengetahui akan segala-galanya.” Maka berzikirlah ia tiada
berhenti-henti sehingga sampai pada waktu Subuh. Maka kedengaranlah pada
telinganya, “Ya Abdul Qadir! Di dalam lima waktu itu bahawasanya
terhimpun ia di dalam waktu Subuh.”
Maka telah nyata kedudukan maqam
lima waktu itu pada diri kita oleh itu tiada boleh dinafikan tiap-tiap
sesuatu itu. Bukannya kehendak ilmu yang luas tiada suatu pun yang boleh
mengisbatkan kepada kita. Hanya pada diri kita sahaja yang boleh
menandakan suatu itu di alam ini.
Maka berkata seorang ahli Sufi
(Syeikh Kiryani r.a.) kepada sahabat-sahabatnya bahawasanya, “Hamba
dapat mengetahui akan maqam yang lima ini adalah wujudnya pada lima
haqiqat. Yang dinamai ia pada tiap-tiap waktu ini.”
1. Waktu Subuh menyatakan wujudnya Allah.
2. Waktu Dzohor menyatakan wujudnya Af’al Allah.
3. Waktu ‘Asar menyatakan wujudnya Qauli.
4. Waktu Maghrib menyatakan wujudnya Insani.
5. Waktu Isya’ menyatakan wujudnya Rasuli.
Maka berkata sahabat-sahabatnya
kepada Syeikh Kiryani r.a., “Ya tuan hamba! Bolehkah tuan hamba
terangkan lagi bagaimana cerita lagi di atas maqam yang lima itu? Kerana
tidak sekali-kali hamba memahami dengan kata-kata tuan hamba itu!”
Maka berkatalah Syeikh Kiryani r.a.
kepada sahabatnya, “Ya sahabat ku! Tiliklah keadaan diri mu senyata
dahulu agar kamu dapat ketahui akan maqam yang lima itu.”
Adapun tatkala asalnya maqam yang
lima waktu itu adalah diambil daripada cerita baginda Saiyidina Ali
Karamallahu wajhahu. Tertulis di dalam kitabnya yang bernama “Darul ulum
addeen”. Bahawasanya datang seorang hamba Allah mengadap baginda
Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu dengan berkata, “Ya Khalifah Amirul
Mu’minin! Kenapakah waktu subuh itu tidak disamakan lima rakaat
tiap-tiap waktu? Mengapakah waktu Subuh dua rakaat sahaja dan Maghrib
tiga rakaat, sedangkan waktu lainnya empat rakaat?”
Maka jawab oleh baginda Saiyidina
Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Sa’idah! Sebab-sebabnya waktu
itu tidak sama akan rakaatnya, kerana mengikut kejadian alam ini. Tiada
ia dijadikan oleh Tuhan dengan serentak. Melainkan dengan
berperingkat-peringkat.”
Seperti sabda Rasulullah s.a.w. kepada ku, mafhumnya :
“Ya Ali! Ketahuilah oleh mu
bahawasanya tatkala asal waktu itu, diibaratkan tatkala embun tunggal
setitik gugur ke bumi menandakan adanya satu waktu dua rakaat yakni
Subuh. Maka tatkala asal manusia pun daripada satu yakni Adam. Inilah
sebabnya Subuh itu dua rakaat. Menyatakan ia rakaat pertama itu kalimah
Tauhid, yang kedua kalimah Rasul. Kalimah Tauhid itu asal daripada ibu
sekalian amalan dan kalimah Tauhid juga asal daripada bapa, yakni bapa
sekalian ilmu Laduni.”
“Inilah sabda Rasulullah s.a.w.
kepada ku”! Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada baginda Saiyidina
Ali Karamallahu wajhahu, “Ya tuan hamba Amirul Mu’minin! Apakah
terkandungnya di dalam kalimah Tauhid dan kalimah Rasul?” Maka jawab
baginda Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun kalimah
Tauhid itu nyata ia adanya Nur Muhammad iaitu Dzat Wajibal Wujud
Kholiqul’alam.”
“Maka inilah sabda Rasulullah s.a.w.
kepada ku!” Maka bertanya lagi Sa’idah, “Ya Amirul Mu’minin! Bagaimana
pula dengan waktu-waktu yang lain itu?” Maka berkatalah baginda
Saiyidina Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Sa’idah! Adapun waktu-waktu yang
lain itu mengikut cerita Rasulullah s.a.w. kepada ku adalah seperti
berikut ini :
Waktu Dzohor 4 rakaat :
1. Rakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menandakan wujudnya Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma’ Allah.
4. Rakaat yang keempat menandakan wujudnya Af’al Allah.
Waktu ‘Asar 4 rakaat, menyatakan kepada 4 alam :
1. Rakaat pertama menyatakan kedudukan di Alam Roh.
2. Rakaat kedua menyatakan kedudukan di Alam Mithal.
3. Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di Alam Ajsam.
4. Rakaat keempat menyatakan kedudukan di Alam Insan.
Waktu Maghrib 3 rakaat, menyatakan kepada 3 diri :
1. Rakaat pertama menyatakan hal keadaan Diri Azali.
2. Rakaat kedua menyatakan hal keadaan Diri Terperi.
3. Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri.
Waktu Isya’ 4 rakaat, menandakan 4 nama bagi diri yang batin :
1. Rakaat pertama menyatakan bersifat Wujud, mengesakan Dzat Allah.
2. Rakaat kedua menyatakan bersifat Ilmu, mengetahui akan Sifat Allah.
3. Rakaat ketiga menyatakan bersifat Nur, menyatakan ia akan Asma’ Allah.
4. Rakaat keempat menyatakan bersifat Syuhud, ma’rifat akan Af’al Allah.
Maka inilah yang dinamakan Rahsia
Ma’rifat. Maka bertanya lagi hamba Allah itu kepada Baginda Saiyidina
Ali Karamallahu wajhahu, “Ya Amirul Mu’minin! Sekiranya jikalau hamba
beramal dengan tiada ketahui jalan ini, apa hukumnya?”
Maka jawab Saiyidina Ali Karamallahu
wajhahu, “Ya Sa’idah! Siapa yang mengerjakan amalan dengan tiada
mengetahui akan amalan itu adalah syirik semata-mata. Dan mereka ini
dijatuhkan di dalam golongan orang yang fasiq. Walau bagaimana ‘alim
sekalipun, fasiq jua hukumnya. Tiadalah ia berbau akan Syurga idaman.”
Rujuklah mereka yang arif billah…
Kejauhan itu lupa hati.
Kedekatan itu ingat hati.
Kejauhan itu hijab (tertutup).
Kedekatan itu kasyaf (terbuka).
Hijab itu gelap, Kasyaf itu Nur.
Gelap itu jahil, Nur itu Ma’rifat.
Kedekatan itu ingat hati.
Kejauhan itu hijab (tertutup).
Kedekatan itu kasyaf (terbuka).
Hijab itu gelap, Kasyaf itu Nur.
Gelap itu jahil, Nur itu Ma’rifat.
Rasulullah SAW bersabda: “Firman
Allah Ta’ala, aku ini sebagaimana yang disangka oleh hambaku, Aku
bersama dia apabila ia ingat kepadaKu, apabila ia mengingatKu dalam
dirinya, Akupun ingat padanya dalam diriKu, dan apabila ia mengingatKu
dalam ruang yang luas, aku pun ingat padanya dalam ruang yang lebih
baik.” (Hadis Qudtsi diriwayatkan oleh Bukhari).
“Guru Sufi berkata: “Hatimu sekarang
bersama Tuhanmu dan Tuhanmu bersama engkau, tidak jauh dari engkau, Ia
mendekatkan engkau kepadaNya, dan mengenalkan engkau denganNya.”.
“Aku adalah Kanzun makhfiyy (PERBENDAHARAAN yang tersembunyi),
Aku cinta (hubb) untuk dikenal,
Aku cinta (hubb) untuk dikenal,
maka Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu …
Allah Ta’ala berfirman …
“Wahai hamba !…
Engkau tiada memiliki sesuatu pun,
kecuali apa yang Aku kehendaki untuk menjadi milikmu ..
Tiada juga engkau memiliki dirimu,
Kerana Akulah Maha PenciptaNya,
Tiada pula engkau memiliki jasadmu,
Maka Akulah yang membentukNya,
Hanya dengan pertolonganKu,
engkau dapat berdiri
dan dengan “kalimah-Ku”
engkau datang ke dunia ini ..
Wahai hamba !…
Katakanlah TIADA NYATA HANYA ALLAH,
kemudian tegaklah berdiri di jalan yang benar,
maka tiada Tuhan melainkan Aku ..
dan tiada pula wujud sebenarnya wujud kecuali untuk-Ku,
dan segala yang selain daripadaKu,…
adalah dari buatan tanganKu
dan dari tiupan Ruh-Ku ..
Wahai hamba !…
Segala sesuatu adalah kepunyaanKu,
BagiKu dan untukKu,
Jangan sekali-kali engkau merebut apa yang menjadi kepunyaanKu …
Kembalikan segala sesuatu kepadaKu,
niscaya akan Kubuahkan pengembalianmu dengan tangan-Ku,
dan Kutambah padanya dengan kemurahanKu,
Serahkan segala sesuatu kepadaKu,
niscaya Ku-selamatkan engkau dari segala sesuatu ..
Ketahuilah,…
bahawa hamba-Ku yang terpercaya adalah
yamg mengembalikan segala yang selainKu kepadaKu,
Tengoklah dengan pandangan tajam kepada Ku,
bagaimana cara Ku melakukan pembagian,
niscaya engkau akan melihat pemberian dan penolakan
merupakan dua bentuk yang di-asma-kan,
agar dengan demikian engkau mengenalKu ..
Wahai hamba ! …
Sesungguhnya engkau telah melihat Daku sebelum dunia terhampar
dan engkau mengenal siapa yang telah engkau lihat ..
dan kepadaKulah engkau akan kembali,
Kemudian Aku ciptakan sesuatu untukmu
dan Aku labuhkan tirai (hijab) atasmu ..
Lalu engkau pun tertutup dengan tirai dirimu sendiri
kemudian Aku menghijab engkau dengan diri-diri yang lain,
yang mana diri-diri yang lain itu menyeru kepadamu dan pada dirinya
dan menjadi penghijab daripadaKu,..
Setelah semuanya itu,..
maka Aku pun kembali menyata di balik semuanya itu,
dan dari belakang semuanya itu
Kuperkenankan akan diriKu;
Ku katakan kepadamu …
Bahawasanya Akulah Maha Pencipta;
Akulah yang menciptakan kesemuanya itu
dan bahawasanya Aku menjadikan engkau khalifah atas semuanya itu
dan ketahuilah,…
bahwa kesemuanya itu adalah amanah pada sisimu,..
dan diharuskan kepada pengembalian amanah itu untuk
mengembalikannya,…
Maka telitilah dirimu setelah engkau mempercayaiKu,
sudahkah engkau mengembalikan segala sesuatu itu kepadaKu
dan sudahkah engkau memenuhi perjanjian yang telah engkau buat
denganKu ?”
“Dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah,
maka Allah akan memberinya pahala yang besar.”
(Al-Fath:10).
“Wahai hamba !…
Engkau tiada memiliki sesuatu pun,
kecuali apa yang Aku kehendaki untuk menjadi milikmu ..
Tiada juga engkau memiliki dirimu,
Kerana Akulah Maha PenciptaNya,
Tiada pula engkau memiliki jasadmu,
Maka Akulah yang membentukNya,
Hanya dengan pertolonganKu,
engkau dapat berdiri
dan dengan “kalimah-Ku”
engkau datang ke dunia ini ..
Wahai hamba !…
Katakanlah TIADA NYATA HANYA ALLAH,
kemudian tegaklah berdiri di jalan yang benar,
maka tiada Tuhan melainkan Aku ..
dan tiada pula wujud sebenarnya wujud kecuali untuk-Ku,
dan segala yang selain daripadaKu,…
adalah dari buatan tanganKu
dan dari tiupan Ruh-Ku ..
Wahai hamba !…
Segala sesuatu adalah kepunyaanKu,
BagiKu dan untukKu,
Jangan sekali-kali engkau merebut apa yang menjadi kepunyaanKu …
Kembalikan segala sesuatu kepadaKu,
niscaya akan Kubuahkan pengembalianmu dengan tangan-Ku,
dan Kutambah padanya dengan kemurahanKu,
Serahkan segala sesuatu kepadaKu,
niscaya Ku-selamatkan engkau dari segala sesuatu ..
Ketahuilah,…
bahawa hamba-Ku yang terpercaya adalah
yamg mengembalikan segala yang selainKu kepadaKu,
Tengoklah dengan pandangan tajam kepada Ku,
bagaimana cara Ku melakukan pembagian,
niscaya engkau akan melihat pemberian dan penolakan
merupakan dua bentuk yang di-asma-kan,
agar dengan demikian engkau mengenalKu ..
Wahai hamba ! …
Sesungguhnya engkau telah melihat Daku sebelum dunia terhampar
dan engkau mengenal siapa yang telah engkau lihat ..
dan kepadaKulah engkau akan kembali,
Kemudian Aku ciptakan sesuatu untukmu
dan Aku labuhkan tirai (hijab) atasmu ..
Lalu engkau pun tertutup dengan tirai dirimu sendiri
kemudian Aku menghijab engkau dengan diri-diri yang lain,
yang mana diri-diri yang lain itu menyeru kepadamu dan pada dirinya
dan menjadi penghijab daripadaKu,..
Setelah semuanya itu,..
maka Aku pun kembali menyata di balik semuanya itu,
dan dari belakang semuanya itu
Kuperkenankan akan diriKu;
Ku katakan kepadamu …
Bahawasanya Akulah Maha Pencipta;
Akulah yang menciptakan kesemuanya itu
dan bahawasanya Aku menjadikan engkau khalifah atas semuanya itu
dan ketahuilah,…
bahwa kesemuanya itu adalah amanah pada sisimu,..
dan diharuskan kepada pengembalian amanah itu untuk
mengembalikannya,…
Maka telitilah dirimu setelah engkau mempercayaiKu,
sudahkah engkau mengembalikan segala sesuatu itu kepadaKu
dan sudahkah engkau memenuhi perjanjian yang telah engkau buat
denganKu ?”
“Dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah,
maka Allah akan memberinya pahala yang besar.”
(Al-Fath:10).
Berkata Syeikhul Islam (rh) dalam
kitab SYARAH HUKUM IBNU RUSLAN: Apa yang dimaksudkan dengan hakikat itu
ialah ilmu laduni yang bercahaya (nurani) yang diajarkan oleh Allah
Taala kepada segala roh sewaktu terucap perkataan Allah Taala kepada
mereka itu..
الست بربكم قالوابلى شهدنا
ertinya: (Allah bertanya) “bukankah
Aku ini Tuhan kamu”? (maka sembah segla roh ) “bahkan,betul,Engkau Tuhan
kami” ( surah Al-A raaf):172).
Dan lagi di isyaratkan kepada segala roh dengan firmaNya:
وعلم ءادم الاسماءكلها….
ertinya: Dan Dia telah mengajarkan kepada Nabi Allah Adam (as) nama nama (benda benda) seluruhnya” surah AlBaqarah..31)
Tetapi rahsia itu tersembunyi dalam
roh dan tertutup oleh sebab memandang wujud yang gelap dengan berasa
bimbang dengan kerenah hawa nafsunya,Apabila hilang hal hal
sedemikian,maka dengan taufik (kekayaan) Allah Taala,nescaya zahirlah
rahsia ilmu hakikat,
inilah maksud yang di sabdakan oleh Nabi kita
Muhammad (saw):
من عمل بماعمل ورثه الله علم ما لم يعلم
ertinya: Barangsiapa mengamalkan apa
yang diketahui,nescaya Allah Taala mempusakakanya ilmu yang tidak
diketahuinya(iaitu mendapat ilmu itu tampa dia bersusah payah
belajar)….”
Oleh itu Allah Taala akan membukakan
dalam hatinya itu taufik sedemikian dengan mendatangkan kepadanya
segala makhluk sehingga surga pun didatangkan juga.
Oleh itu,jelaslah pada kita bahawa
ada ilmu yang di suruh oleh Allah Taala dan RasulNya menyembunyikanya
daripada pengetahuan orang yang bukan ahlinya degan berdalilkan Al Quran
dan Hadis serta asar (bekas) sahabat dan pandangan Ulamak yang tersebut
itu.Jadi terbatallah perkataan orang yang mengatakan,sesungguhnya Nabi
dan Ulamak itu tidak ada menyembunyikan ilmu berdasarkan dalil tersebut.
Ilmu yang disembunyikan itu ialah
ilmu haqiqat,Oleh sebab itu,tidak harus sama sekali bagi Salik membaca
kitab ilmu haqiqat sebelum ia tetap dalam syariat dan tarikat dan juga
sebelum ia menerima talqi(terima ijazah) daripada guru yang pakar,yang
wasil ( yang sampai kepada Allah) lagi Mursyid Kamil Mukamil,juga
sebelum kuat fahamannya (cukup faham) untuk menerima ilmu haqiqat.Ini
amat penting kerana hal yang demikian itu akan menyebabkan ia terjerumus
ke arah kesesatan selama lamanya.Hal ini juga menyebabkan ia tidak
dapat mencari jalan keluar sehingga ia mendakwa sesuatu hal yang di ada
adakannya tampa dalil dan mengiktikadkan segala iktikad yang tidak layak
pada Hal Taala.Se,uga dilindungi Allah Taala akan kita daripada perkara
sedemikian.
MAKA BERBAHAGIALAH BAGI SAUDARA YANG
MENUNTUT DAN BERUSAHA MENDAPATKAN RAHSIA YANG TERSEMBUNYI ITU SUPAYA
DAPAT MENJADI AHLINYA DAN BEROLEH KEMENANGAN DI AKHIRAT……amin
Ketahuilah sesungguhnya segala ilmu
Fakir yg tersebut dalam salinan saya adalah rahsia yg amat halus dan
perkataan yg digunakan pun amat dalam.Tidak ada sesiapapun yg dapat
memahaminya melainkan ulamak yg rasikh (yang dalam dan teguh ilmunya)
atau pengertian lain yg tetap terdahulu cahcayanya daripada perkataanya
kerana ilmu yg fakir ini adalah rahsia Nabi2 dan wali2 yg diwarisi oleh
mereka yg mengelami apa2 yg diamalkan oleh nabi2 yg lain teristimewa
serta mengerjakan perkara yg diketahuinya,
sepertimana firman Allah
Taala:-
وتلك الامثل نضربها للناس ومايعقلها الا العلمون
Ertinya”segala misalan itu kami
misalkan kepada seluruh manusia dan tidak ada yg memahaminya melainkan
orang2 yang alim ( surah Al Ankabut,ayat 43).
Tidak dibenrkan oleh undang2 syara
menyatakan,membukakan,dan menzahirkannya kepada orang yg bukan ahlinya
kerana akal mereka itu tidak sampai ke arah pengetahuan
tersebut,
sebagaimana sabda Nabi (saw):-
نحن معاشرالا نبياء أمرناأن نكلم الناس قدرعقولهم
Ertinya”Kami golongan Nabi2
diperentahkan oleh Allah Taala kpd kami semua supaya berkata kpd semua
manusia mengikut keupayaan penerimaan akal mereka.Lagipun kalau akal
mereka tidak sampai ke arah memahaminya,maka sudah tentu mereka akan
menimbukan fitnah ke atas kami”
ما حدث أحد قوما بحدث لا يبلغه عقولهم الا كان فتته علهم
Sabda Nabi (saw)..
Ertinya Tidak akan
berkata sesuatu kaum dengan perkataan yg tidak sampai kepada akal
mereka itu melainkan mereka memberi fitnah ke atas mereka (sesuatu
kaum).
Sabda Nabi yg diertikan ”
Sesungguhnya ilmu itu keadaanya seperti mutiara yg tersimpan dalam
hidangan perut ibunya,tidak ada sesiapa yg mengetahuinya melainkan
orang2 yg berilmu dgn Allah”
Orang2 yg berilmu dengan Allah (
Al-Alimuna Billah) itu ialah orang2 yg mengenal Zat
Allah,Sifat2Nya,nama2Nya dan segala perbuataNya malah ilmu mereka
berserta dgn Allah Taala dan mengamalkan apa yg diketahuinya tampa
mencederakannya walau sedikit pun.
Menurut kata Imam Ghazali dalam
kitabnya,Ihya Ulumiddin”sesungguhnya dilarang menceritakan rahsia itu
kerana kecetekan fahaman (pengetahuan orang2 awam) untuk menerimanya.
Berkata Imam Ghazali (ra)”Tidak syak
lagi,sesungguhnya Rahsia itu tertakluk kpd segala faedah yang ada dalam
agama dan tidak terlepas daripada menzahirkanya kpd orang lain ia itu
kpd.ahlinya”
Berkata Sahal bin Abdullah At-Tasturi ” Bagi orang2 yg berilmu itu ada tiga bidang keilmuan:-
1.Ilmu zahir,diberikan kpd ahlinya,
2.ilmu Batin,tidak harus menzahirkanya kpd sesiapa melainkan kpd.ahlinya.
2.Ilmu antara dia dgn Allah Taala,tidak harus menceritakanya kpd sesiapapun.
Satu penjelasan yg saya cari cari selama ini. halhamdulilah
ReplyDelete